Friday, September 9, 2011

-Rahsia di sebalik "MyKad" anda!!!-

1. Maksud “MyKad”?
“My” = Malaysia / kata ganti nama “Kepunyaanku” dalam bahasa Inggeris.
“Kad” = Kad / singkatan kepada “Kad Akuan Diri”.
“MyKad” = Kad Pengenalan pintar yang hanya digunakan di Malaysia.
(Malaysia merupakan negara pertama di dunia yang menggunakan Kad Pengenalan dan Passport yang menggabungkan teknologi cip dan biometrik (cap jari / imbasan iris) terkini untuk meningkatkan keselamatan dan kesahihan pemiliknya.)

2. Bila MyKad dilancarkan?
September 2001.

3. Fungsi utama “MyKad”?
Sebagai kad pengenalan diri yang mengandungi nama, alamat, gambar, nombor kad pengenalan, jantina dan agama yang terpapar di luar kad.
Mempunyai 1 cip mikropemproses dan ingatan EEPROM 32k / 64k yang berupaya menyimpan pelbagai data dan aplikasi (Contoh : Maklumat biometrik, Lesen memandu, PKI, Duit MEPS, Touch 'n Go, Kad ATM, Maklumat kesihatan serta maklumat Passport).

Cip mikropemproses dan ingatan EEPROM 32k / 64k


4. Rahsia di sebalik “Nombor Kad Pengenalan” anda??
Setiap Warganegara Malaysia diberikan 1 set nombor 12-digit yang unik dalam format TTBBHH-NN-***J sebagai “Nombor Kad Pengenalan”.

                                                          Contoh No. Kad Pengenalan

Kumpulan digit pertama (TTBBHH) adalah “Tarikh Lahir” pemilik MyKad.
Kumpulan kedua (NN) adalah “Kod Negeri Kelahiran”.
Kumpulan nombor terakhir (***J) adalah “Nombor Siri” yang dijana secara rawak oleh sistem komputer Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.

5. Bagaimana membezakan di antara pemegang MyKad Lelaki/Perempuan?
Lihat nombor terakhir pada “Nombor Siri Kad Pengenalan” anda.
Pemegang MyKad Perempuan : Nombor Siri terakhir berangka GENAP (0,2,4,6,8).
Pemegang MyKad Lelaki : Nombor Siri terakhir berangka GANJIL (1,3,5,7,9).

6. Kod Negeri Kelahiran anda?

Kod
Negeri
01, 21, 22, 23, 24
Johor
02, 25, 26, 27
Kedah
03, 28, 29
Kelantan
04, 30
Melaka
05, 31, 59
Negeri Sembilan
06, 32, 33
Pahang
07, 34, 35
Pulau Pinang
08, 37, 38, 39
Perak
09, 40
Perlis
10, 41, 42, 43, 44
Selangor
11, 45, 46
Terengganu
12, 47, 48, 49
Sabah
13, 50, 51, 52, 53
Sarawak
14, 54, 55, 56, 57
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
15, 58
Wilayah Persekutuan Labuan
16
Wilayah Persekutuan Putrajaya
88
Polis
99
Tentera

Negeri-Negeri : 01 – 13
Wilayah Persekutuan : 14 – 16
Lahir di Luar Negara : 71
Anggota Polis : 88
Anggota Tentera : 99
Pesara Polis/Tentera ; Nombor Kad Pengenalan ditukar kepada Kod nombor asal tempat kelahiran.

7. Cara Memohon “MyKad”?
“MyKad” adalah wajib untuk semua warganegara bermula umur 12 tahun dan hendaklah diperbaharui pada umur 18 tahun. Sekiranya anda gagal menunjukkan MyKad apabila diminta, anda boleh dipenjara sehingga 3 tahun atau didenda antara RM 3,000 dan RM 20,000 atau kedua-duanya sekali di bawah Akta Pendaftaran Negara 1959 (Pindaan 2001). (Makluman : Mengikut Peraturan 3, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2001) setiap orang wajib mendaftar untuk mendapatkan Kad Pengenalannya.)

A. Pemohon Kanak-Kanak 12 Tahun.

Syarat Permohonan
Pemohon mestilah berumur genap 12 tahun tetapi belum mencapai umur 16 tahun.
Pemohon hendaklah hadir bersama ibu/bapa/penjaga.
Isikan Borang Permohonan JPN.KP01 dengan lengkap.
Pemohon hendaklah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh genap berumur 12 tahun (Jika tidak, bayaran kompaun dan proses akan dikenakan).

Prosedur Permohonan
Pemohon dikehendaki datang bersama ibu/bapa/penjaga dan membawa dokumen sokongan (asal) berikut:
v Sijil Kelahiran/Sijil Anak Angkat/Sijil Warganegara/Pengesahan Taraf Warganegara/Borang Warganegara/Lampiran A (JHEOA)/Permit Masuk.
v  Kad Pengenalan ibu/bapa/penjaga.
v  Surat Akuan Sumpah (bagi penjaga yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan iaitu selain daripada ibu/bapa/datuk/nenek/ibu atau bapa saudara/ kakak/abang yang berusia melebihi 21 tahun).
v  Passport (bagi warganegara yang baru tiba dari Luar Negara/Pemegang Permit Masuk).

Bayaran Tunai/Elektronik


1.  Warganegara
Jadual Pembayaran 1A


BAYARAN KERANA LEWAT MEMOHON MYKAD BAGI KANAK-KANAK 12 TAHUN
(WARGANEGARA)
Permohonan kanak-kanak mencapai usia 12 tahun yang tidak memohon dalam tempoh 30 hari dari tarikh usia genap 12 tahun dikenakan kompaun.
UMUR DIKENAKAN KOMPAUN
BAYARAN PERMOHONAN
(RM)
BAYARAN
PROSES
(RM)
BAYARAN
KOMPAUN
(RM)
JUMLAH
BAYARAN
(RM)
12 THN HINGGA 12 THN 30 HARI
-
-
-
-
12 THN MELEBIHI 30 HARI HINGGA 13 THN
-
10.00
1.00
11.00
13 THN 1 HARI HINGGA 14 THN
-
10.00
2.00
12.00
14 THN 1 HARI HINGGA 15 THN
-
10.00
4.00
14.00
15 THN 1 HARI HINGGA 16 THN
-
10.00
6.00
16.00




 2. Bukan Warganegara
Jadual Pembayaran 1B

BAYARAN KERANA LEWAT MEMOHON MYPR BAGI KANAK-KANAK 12 TAHUN
(BUKAN WARGANEGARA)
Permohonan kanak-kanak mencapai usia 12 tahun yang tidak memohon dalam tempoh 30 hari dari tarikh usia genap 12 tahun dikenakan kompaun.
UMUR DIKENAKAN KOMPAUN
BAYARAN PERMOHONAN
(RM)
BAYARAN
PROSES
(RM)
BAYARAN
KOMPAUN
(RM)
JUMLAH
BAYARAN
(RM)
12 THN MELEBIHI 30  HARI HINGGA 13 THN
40.00
10.00
1.00
51.00
13 THN 1 HARI HINGGA 14 THN
40.00
10.00
2.00
52.00
14 THN 1 HARI HINGGA 15THN
40.00
10.00
4.00
54.00
15 THN 1 HARI HINGGA 16 THN
40.00
10.00
6.00
56.00


B. Ganti Kad Pengenalan 18 Tahun.

Syarat Permohonan
Pemohon mestilah genap 16 tahun atau lebih.
Pemohon hendaklah hadir bersama ibu/bapa/penjaga.
Pemohon tidak pernah membuat permohonan atau memiliki Kad Pengenalan dan berada di dalam
Malaysia sepanjang tempoh umur 12 hingga 16 tahun.
Borang-borang berikut perlu diisi dengan lengkap (dapatkan di kaunter JPN) :
v  Borang Permohonan JPN.KP01
v  Surat Akuan (Borang JPN DL-1
v  Borang Keterangan Pendaftaran Lewat Kad Pengenalan oleh ibu/bapa/penjaga (Borang JPN DL-2)
v  Cabutan Daftar Sekolah (Borang JPN DL-3); atau
v  Surat Akuan bagi kanak-kanak yang Tidak Pernah Bersekolah (Borang JPN DL-4)
v  Borang Maklumat Keluarga (BMK.81 & BMK.81A).

Prosedur Permohonan
Pemohon dikehendaki datang ke kaunter JPN bersama ibu/bapa/penjaga dan membawa dokumen sokongan (asal dan salinan) berikut;
Sijil Kelahiran/Sijil Anak Angkat/Sijil Warganegara/Pengesahan Taraf Warganegara/Borang Warganegara/Permit Masuk.
Kad Pengenalan ibu/bapa/penjaga.
Surat Akuan Sumpah (bagi penjaga yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan iaitu selain daripada ibu/bapa/datuk/nenek/ibu atau bapa saudara/ kakak/abang yang berusia melebihi 21 tahun).
Passport Antarabangsa (bagi Pemegang Permit Masuk).


Bayaran Tunai/Elektronik

1. Warganegara
Jadual Pembayaran 6A
       
BAYARAN DAFTAR LEWAT KAD PENGENALAN BAGI WARGANEGARA MALAYSIA
(WARGANEGARA)
UMUR DIKENAKAN KOMPAUN
BAYARAN PERMOHONAN
(RM)
BAYARAN
PROSES
(RM)
BAYARAN
KOMPAUN
(RM)
JUMLAH
BAYARAN
(RM)
16 THN TETAPI BELUM 19 THN
PERCUMA
10.00
20.00
30.00
19 THN TETAPI BELUM 22 THN
PERCUMA
10.00
40.00
50.00
22 THN TETAPI BELUM 25 THN
PERCUMA
10.00
60.00
70.00
25 THN TETAPI BELUM 28 THN
PERCUMA
10.00
80.00
90.00
28 THN TETAPI BELUM 31 THN
PERCUMA
10.00
100.00
110.00
31 THN TETAPI BELUM 34 THN
PERCUMA
10.00
120.00
130.00
34 THN TETAPI BELUM 37 THN
PERCUMA
10.00
140.00
150.00
37 THN TETAPI BELUM 40 THN

PERCUMA
10.00
160.00
170.00
40 TAHUN KE ATAS
PERCUMA
10.00
200.00
210.00


2. Bukan Warganegara
Jadual Pembayaran 6B

BAYARAN DAFTAR LEWAT KAD PENGENALAN BAGI BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA
(BUKAN WARGANEGARA)
UMUR DIKENAKAN KOMPAUN
BAYARAN PERMOHONAN
(RM)
BAYARAN
PROSES
(RM)
BAYARAN
KOMPAUN
(RM)
JUMLAH
BAYARAN
(RM)
16 THN TETAPI BELUM 19 THN
40.00
10.00
20.00
70.00
19 THN TETAPI BELUM 22 THN
40.00
10.00
40.00
90.00
22 THN TETAPI BELUM 25 THN
40.00
10.00
60.00
110.00
25 THN TETAPI BELUM 28 THN
40.00
10.00
80.00
130.00
28 THN TETAPI BELUM 31 THN
40.00
10.00
100.00
150.00
31 THN TETAPI BELUM 34 THN
40.00
10.00
120.00
170.00
34 THN TETAPI BELUM 37 THN
40.00
10.00
140.00
190.00
37 THN TETAPI BELUM 40 THN
40.00
10.00
160.00
210.00
40 TAHUN KE ATAS
40.00
10.00
200.00
250.00


"Contoh MyKad"


P/s : Protect Your "MyKad"



7 comments:

  1. boleh beritahu maksud no.kad pengenalan dua nombor yang terakhir ada tertera kat belakang kad pengenalan

    ReplyDelete
  2. Btul tu, saya pon tertanya-tanya apa maksud dua nombor terakhir kat blakang mykad.. boleh sesiapa beri penjelasan?..

    ReplyDelete
  3. ******-**-****-03-01
    yang kat 03 tu berapa kali kita pernah ganti mykad kita .. ni org kat jpn yg ckp .. yg blkg skali ..hehe tak tau hehe

    ReplyDelete
  4. togel sgp
    Agen TOGEL 4DPOIN,Online Terpercaya.
    Minimal Deposit Dan Withdraw 20.000
    Keterangan Lebih Lanjut, Anda Bisa Hubungi Disini.
    * Pin BBM : D1A279B6
    * Pin BBM : 7B83E334
    * Whatsapp : +85598291698
    * Skype : Poin.4D
    * Line : +85598291698

    ReplyDelete