Monday, September 26, 2011

Perbezaan Antara Cinta Gadis dan Teruna...

Cinta Gadis
Cinta Teruna
Kebiasaanya gadis terlibat dalam percintaan lebih awal berbanding dengan teruna kerana tahap kematangan gadis yang lebih awal.

Semasa bercinta gadis lebih suka dibelai dan dipuja oleh kekasihnya.

Gadis lebih melahirkan perasaan mereka.

Gadis lebih tertarik kepada teruna yang mengambil berat atau menunjukkan cintanya
Teruna kebiasaanya tertarik kepada gadis berdasarkan kecantikan, kejujuran dan peribadi seseorang gadis.

Biasanya teruna tidak menunjukkan perasaan cintanya.

Cinta di kalangan teruna lebih didorong oleh naluri semulajdi keinginan seksual yang perlu dikawal.

Apabila seorang gadis jatuh cinta;
Dia mengharapkan teruna:-

Memberikan perhatian
Memahami dirinya
Menghormati dirinya
Berlaku setia
Membuktikan cintanya
Memberikan keyakinan mencintainya

Apabila seorang teruna jatuh cinta;
Dia mengharapkan gadis:-

Mengkaguminya
Menerima dirinya
Menghargai kehadirannya
Memahami dirinya
Mempercayainya




SEMASA BERCINTA..........

Apabila gadis & teruna bercinta;

Berkongsilah perasaan anda dengan ahli keluarga dan kawan baik.
Amalkan temujanji berkumpulan.
Berhati-hati dengan minuman mengandungi bahan yang mengkhayalkan.
Awasi pujuk rayu teman yang keterlaluan.
Lakukan temujanji di tempat awam, dan elakkan sama sekali dari bertemujanju di tempat sunyi.
Elakkan merokok, mengambil dadah, arak, pil khayal semasa temujanji.
Elakkan diri dari keluar bersama teman yang mempunyai sikap yang mencurigakan.

Bagi gadis:-

Gadis perlu menyedari ada teruna yang akan cuba mengambil kesempatan dalam bercinta, oleh itu awasi pujuk rayu teman lelaki yang keterlaluan.
Gadis juga perlu mengetahui adakalanya perilaku gadis sendiri boleh disalah tafsirkan oleh pasangannya.
Berhati-hati bila diminta membuktikan cinta kerana cinta sejati tidak perlu dibuktikan dengan hubungan seksual antara sepasang kekasih.
Berlaku jujur dan benar dalam percintaan
Saling menghormati pendirian teman istimewa
Berterus terang dalam percintaan
Mendalami ajaran agama bagi membantu menguasai diri semasa bercinta
Tidak mengambil kesempatan untuk kepentingan peribadi
Tidak melukai hati teman istimewa
Memelihara adab pergaulan mengikut batas agama dan budaya.

Bagi teruna:-

Perlu mengawal dorongan seksual.

TEMUJANJI.....

Temujanji(dating) adalah satu proses interaksi secara sihat untuk seseorang remaja belajar bergaul dengan remaja berlainan jantina.

Jika melakukan temujanji di rumah, pastikan ahli keluarga berada bersama.
Mendapatkan keizinan ibu bapa/penjaga sebelum bersetuju untuk melakukan temujanji dengan memberitahu siapa teman temujanji, tempat dan waktu pulang.
Elakkan pertemuan di tempat sunyi. Ini mendorong remaja terdedah kepada rangsangan dan aktiviti seksual yang tidak bolah dikawal.

Meluahkan rasa cinta.....

Cinta sejati tidak memerlukan pertemuan sepasang kekasih di tempat yang sunyi. Untuk mengekalkan nilai-nilai cinta, remaja boleh:-
Menulis surat untuk meluahkan perasaan terhadap orang yang dicintai.
Menelefon, menghantar email, sms dan lain-lain.
Menghantar hadiah untuk mengingati orang yang dikasihi
Mengenali dengan lebih dekat ahli keluarga teman ismewa anda.

Percintaan itu indah, manis dan berpanjangan sekiranya anda;-
Amanah dan ikhlas dalam percintaan.
Mempertahankan maruah diri.
Tidak bercakap bohong, menipu atau mengambil kesempatan untuk kepentingan seksual diri.
Bertanggungjawab memelihara kesucian cinta anda dari dorongan seksual.
Berazam memperbaiki diri dalam semua segi bagi membuktikan kesungguhan cinta sejati anda.
Tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai insane,, anak dan ahli masyarakat.
Memastikan cinta dan cita-cita berjalan selari demi masa depan dan kebahagiaan anda berdua.

P/s : Remaja usia mengasah potensi
        Esok dewasa berwawasan tinggi
        Mulakan amalan cara hidup sihat
        Alah bisa tegal biasa
        Jadikan kesihatan panduan diri
        Ayuh, kawan-kawan......apa tunggu lagi....

20 Things BF shouldn’t ever do to his GF...

1. Make fun of her hair, face, body, or clothes. Seriously DON’T...
2. Overuse Sarcasm. It’s one thing to joke, it’s another to speak sarcasm as a second language.
3. Flirt with other girls. It doesn’t make us want u more, it just makes us angry.
4. Cheat. Never in any way will you get away with it.
5. Make promises they can’t keep. If u can’t follow through, don’t say it.
6. Say “I Love U” when they don’t mean it. If the girl u loved gained 300 pounds, would u still love her? That’s what I thought.
7. Lie. U will get caught. Don’t ever any circumstances try to keep a lie going with a girl. It will not work.
8. Deny things that are true. If a girl confronts u about something, she know the truth. Denying it makes her more angry. Grow some balls and own up to it.
9. Pressure her. If she wants to do something with u, She will.
10. Talk about other girls. Don’t say they’re hot, pretty, or even nice. We don’t want to hear it.
11. Talk to her about their exes. If u’re saying nice stuff, we’ll assume u still like them. If u say shit,we’ ll assume u’ll do the same about us.
12. say shit behind her back. No matter how much u try to keep it a secret, she will hear about it.
13. Be a dick to her in front of their friends. They might think its funny, but she will definitely not.
14. try to make it look like something was her fault to get urself out of trouble. It will make things much, much worse.
15. Ask why she’s mad at u. Say u were wrong and apologise. Do not say u didn’t do anything wrong. If she’s mad, Uobviously did something.
16. Joke about wanting to break up. It won’t be taken as a joke, and u’ll be single before u can tell her u were kidding.
17. Tell her she overreacting. If u thought she was mad before, prepare to meet she-beast from hell.
18. Go to parties or hang out with other girls without ur gf. No matter how much she trusts u, she will be worried.
19. Make excuses. If u screwed up, don’t try to get out from it.
20. Talk to her when u’re mad. U will screw something up and end up regretting it.

FAKTA MENARIK TENTANG “SENYUM” DARI ASPEK KESIHATAN

Ramai yang tanya kenapa sy sentiasa senyum & suka senyum (^_^)Y......So, ari nih sy nak dedahkan @ buka rahsia kenapa sy sentiasa senyum & suka senyum..........Ada sebab-sebab nya........


  • Pengkaji dan pengamal barat percaya bahawa dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi kebaikan kepada kesihatan. Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh dan apabila kita tersenyum, badan turut tersenyum dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.


  • Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 otot ketika mengerutkan dahi.



  • Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.


  • Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.


  • Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ini membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.


  • Ketawa yang dikatakan mampu memperbaiki fungi usus sekaligus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan.


  • Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah.


  • Apabila kita tersenyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-Interferan (Protein melawan penyakit) sel T ( yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan Sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit.


  • Kajian menunjukkan individu yang ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100x dalam tempoh 24jam sama seperti bersenam selama 10minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.

Info + : Fakta mengatakan bahawa perempuan lebih kerap senyum berbanding lelaki.

-Cer Citer CINTA REMAJA-


Cinta?
Cinta adalah perasaan semulajadi yang wujud dalam diri. Seseorang yang mengalami cinta akan tertarik kepada yang dicintainya dengan penuh perasaan dan kegembiraan.
Anugerah Cinta?
Cinta adalah perasaan sayang yang terbit dari hati tanpa dipaksa. Cinta adalah anugerah suci dari Tuhan. Semua manusia merasai kenikmatan cinta tanpa mengira peringkat usia.
Cinta & Kehidupan?
Cinta adalah satu perkara yang indah dan suci dan tdak boleh dipisahkan dari kehidupan. Pengertian cinta perlulah dihayati berpandukan ajaran agama, adab dan budaya setiap kaum.
Cinta Tuhan Cinta Sejati, Cintakan Insan Ke Arah Kebaikan...
Cinta kepada Tuhan adalah cinta yang paling agung antara cinta-cinta lain. Sesiapa yang mengalami cinta jenis ini akan menjadikan kehidupan mereka berlandaskan keyakinan dan kepercayaan kepada Tuhan. Ajaran agama menjadi tali ukuran setiap tindak tanduk seharian.
Cinta Kepada Ibu Bapa, Keluarga & Sesama Insan.....
.......adalah perasaan kasih kepada seseorang karana ikatan agama, kekeluargaan, persaudaraan dan persahabatan..
Cinta kepada Negara...
Perasaan patriotik terhadap Negara untuk mempertahankan maruah tanahair dari sebarang perbuatan penjajahan.
Cinta Kepada Harta Benda.....
Cinta kepada harta benda yang keterlaluan akan membentuk individu yang mementingkan diri sendiri dan menuruti kemahuan nafsunya tanpa mengambil kira kepentingan orang lain.
Cinta Remaja....
Salah satu perubahan psikososial yang ketara di alam remaja adalah timbulnya rasa tertarik kepada gadis atau teruna berlainan jantina. Dalam mencari cinta, Remaja mesti tahu membezakan antara dorongan seksual jatuh hati, cinta monyet dan cinta sejati.
Dorongan seksual....
Biasanya dialami oleh golongan teruna. Terpikat pada sifat fizikal seseorang gadis seperti bentuk tubuh badan yang menggiurkan. Ini akan menyebabkan teruna melakukan perilaku yang tidak sihat.
Cinta Monyet....
Cinta yang berasaskan kepada pandangan/tanggapan palsu dan bersifat sementara.
Jika Jatuh hati......
....cinta anda tidak semestinya dibalas. Bersedialah untuk menerima penolakan cinta dari orang yang anda puja...Ini membantu meningkatkan keyakinan diri.
Cinta Sejati....
Cinta sejati tidak semestinya dimeteraikan oleh perkahwinan. Perasaan cintanya akan dia berkorban demi cintanya untuk kebaikanorang yang dikasihinya tanpa mengorbankan maruahnya.
Cinta yang lahir dari naluri insan.....
...adalah berdasarkan nilai-nilai murni yang dizahirkan oleh orang yang dicintainya....
Cinta suci...
...cinta yang tidak dicemari oleh tingkah laku negatif yang boleh memusnahkan nilai-nilai cinta dan cita-cita masa hadapan.

Perempuan cantik Vs Perempuan x cantik


 Untuk makluman nih sy dpt dr website2 tempatan.....Saya sekadar share ja....

Perempuan Cantik pendiam
Lelaki akan cakap : Wow!!Ciri2 isteri idaman....
Perempuan x Cantik pendiam
Lelaki akan cakap : x reti berkomunikasi agaknya.....

Perempuan cantik berbuat jahat
Lelaki akan cakap: Mesti ada krisis nih..Kciannya...
Perempuan x cantik berbuat jahat
Lelaki akan cakap: Dah la x cantik, perangai macam sial!!

Perempuan cantik tolong lelaki yang kesusahan
Lelaki akan cakap: Wow, heroin sejati.....
Perempuan x cantik tolong lelaki yang kesusahan
Lelaki akan cakap: hmmnn...taktik nak mengurat la tu....

Perempuan cantik dapat lelaki hensem
Lelaki akan cakap: ok laa...sepadan...bagai pinang dibelah 2...
Perempuan x cantik dapat lelaki hensem
Lelaki akan cakap: Kcian..mesti dah kena bomoh lelaki tu.....

Perempuan cantik ditinggalkan kekasih
Lelaki akan cakap: Buta kayu btl mamat tu....
Perempuan x cantik ditinggalkan kekasih
Lelaki akan cakap: Memang patut pun kena reject...

Pmpn Cantik bawa BMW
Lelaki akan cakap: Ntah..Dato mana bela dia nih....
Pmpn x cantik bawa BMW
Lelaki akan cakap: Mesti anak orang kaya nih...

Pmpn cantik tuang air dalam gelas lelaki
Lelaki akan cakap: Waa....caringnya.....
Pmpn x cantik tuang air dalam gelas lelaki
Lelaki akan cakap: Elehhh...gedik laa tu...

Pmpn cantik bersedih hati
Lelaki akan cakap: Don’t Worry, i will make u happy forever....
Pmpn x cantik bersedih hati
Lelaki akan cakap: Ckit2 nangis, gembeng btol...mengada ngada laa...

Pmpn cantik pandai memasak
Lelaki akan cakap: Dah la cantik, pandai masak pla tu...
Pmpn x cantik pandai memasak
Lelaki akan cakap: Ntah sedap ke x tu...

Pmpn cantik men miskol2
Lelaki akan cakapp: Syoknya...rindu la tu
Pmpn x cantik men miskol2
Lelaki akan cakap: Ko nix de keja lain ke!!Sibuk ni tau x....

Bukan semua Pmpn/Lelaki macam tu.....So Jangan amik serius pla k.....sekadar share ja.....

Monday, September 12, 2011

Senarai Penyakit Berjangkit Yang Perlu dinotifikasi

Dulu Unit CDC menggunakan Borang Health Regulation Rev.1 2005......

Tetapi sekarang kita menggunakan Borang Notifikasi Rev/2010............

Di bawah seksyen 10 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988
Selain dari Notifikasi Bertulis, penyakit berikut perlu dinotifiksi melalui telefon dalam tempoh 24jam iaitu:-
v  Acute Poliomyelitis
v  Cholera
v  Dengue
v  Diptheria
v  Ebola
v  Food Poisoning
v  Plague
v  Rabies
v  Yellow Fever

BIL.
NAMA PENYAKIT
NOTIFIKASI MELALUI TELEFON DALAM TEMPOH 24 JAM
NOTIFIKASI BERTULIS DALAM TEMPOH SEMINGGU
1
Poliomyelitis
/

2
Viral Hepatitis A

/
3
Viral Hepatitis B

/
4
Viral Hepatitis C

/
5
Viral Hepatitis – Lain-Lain

/
6
AIDS

/
7
Chancroid

/
8
Cholera
/

9
Dengue Fever
/

10
Dengue Hemorrhagic Fever
/

11
Diptheria
/

12
Dysentery

/
13
Ebola
/

14
Food Poisoning
/

15
Gonorrhoea

/
16
Hand, Foot, and Mouth Disease

/
17
HIV

/
18
Influenza

/
19
Leprosy (Paucibacillary)

/
20
Leprosy (Multibacillary)

/
21
Leptospirosis

/
22
Malaria – Vivax

/
23
Malaria – Falciparum

/
24
Malaria – Malariae

/
25
Malaria – Lain-lain

/
26
Measles

/
27
Plague
/

28
Rabies
/

29
Relapsing Fever

/
30
Syphilis – Congenital

/
31
Syphilis – Acquired

/
32
Tetanus Neonatorum

/
33
Tetanus – Lain-lain

/
34
Typhus – Scrub

/
35
Tuberculosis – PTB Smear Positive

/
36
Tuberculosis – PTB Smear Negative

/
37
Tuberculosis – Extra Pulmonary

/
38
Typhoid – Salmonella Typhi

/
39
Typhoid – Paratyphoid

/
40
Viral Encephalitis – Japanese

/
41
Viral Encephalitis – Nipah

/
42
Viral Encephalitis – Lain-lain

/
43
Whooping Cough / Pertussis

/
44
Yellow Fever
/

45
*Lain-lain: nyatakan

/
*Lain-lain jenis penyakit yang tidak tersenarai di atas.


P/s: Saya sekadar share ja.....Ini merupakan salah satu ilmu pengetahuan yang saya pelajari sepanjang tempoh praktikal di Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi.....Seorang PPKP pernah pesan, “Jangan kedekut ilmu, tetapi kalo orang tu tidak berminat nak belajar...x perlu la ajar.....”....Anyway, Sy enjoy keja sebagai “Assistant Environmental Health Officer” ......