Monday, September 26, 2011

FAKTA MENARIK TENTANG “SENYUM” DARI ASPEK KESIHATAN

Ramai yang tanya kenapa sy sentiasa senyum & suka senyum (^_^)Y......So, ari nih sy nak dedahkan @ buka rahsia kenapa sy sentiasa senyum & suka senyum..........Ada sebab-sebab nya........


  • Pengkaji dan pengamal barat percaya bahawa dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi kebaikan kepada kesihatan. Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh dan apabila kita tersenyum, badan turut tersenyum dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.


  • Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 otot ketika mengerutkan dahi.



  • Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.


  • Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.


  • Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ini membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.


  • Ketawa yang dikatakan mampu memperbaiki fungi usus sekaligus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan.


  • Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah.


  • Apabila kita tersenyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-Interferan (Protein melawan penyakit) sel T ( yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan Sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit.


  • Kajian menunjukkan individu yang ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100x dalam tempoh 24jam sama seperti bersenam selama 10minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.

Info + : Fakta mengatakan bahawa perempuan lebih kerap senyum berbanding lelaki.

No comments:

Post a Comment