Monday, September 26, 2011

Perbezaan Antara Cinta Gadis dan Teruna...

Cinta Gadis
Cinta Teruna
Kebiasaanya gadis terlibat dalam percintaan lebih awal berbanding dengan teruna kerana tahap kematangan gadis yang lebih awal.

Semasa bercinta gadis lebih suka dibelai dan dipuja oleh kekasihnya.

Gadis lebih melahirkan perasaan mereka.

Gadis lebih tertarik kepada teruna yang mengambil berat atau menunjukkan cintanya
Teruna kebiasaanya tertarik kepada gadis berdasarkan kecantikan, kejujuran dan peribadi seseorang gadis.

Biasanya teruna tidak menunjukkan perasaan cintanya.

Cinta di kalangan teruna lebih didorong oleh naluri semulajdi keinginan seksual yang perlu dikawal.

Apabila seorang gadis jatuh cinta;
Dia mengharapkan teruna:-

Memberikan perhatian
Memahami dirinya
Menghormati dirinya
Berlaku setia
Membuktikan cintanya
Memberikan keyakinan mencintainya

Apabila seorang teruna jatuh cinta;
Dia mengharapkan gadis:-

Mengkaguminya
Menerima dirinya
Menghargai kehadirannya
Memahami dirinya
Mempercayainya




SEMASA BERCINTA..........

Apabila gadis & teruna bercinta;

Berkongsilah perasaan anda dengan ahli keluarga dan kawan baik.
Amalkan temujanji berkumpulan.
Berhati-hati dengan minuman mengandungi bahan yang mengkhayalkan.
Awasi pujuk rayu teman yang keterlaluan.
Lakukan temujanji di tempat awam, dan elakkan sama sekali dari bertemujanju di tempat sunyi.
Elakkan merokok, mengambil dadah, arak, pil khayal semasa temujanji.
Elakkan diri dari keluar bersama teman yang mempunyai sikap yang mencurigakan.

Bagi gadis:-

Gadis perlu menyedari ada teruna yang akan cuba mengambil kesempatan dalam bercinta, oleh itu awasi pujuk rayu teman lelaki yang keterlaluan.
Gadis juga perlu mengetahui adakalanya perilaku gadis sendiri boleh disalah tafsirkan oleh pasangannya.
Berhati-hati bila diminta membuktikan cinta kerana cinta sejati tidak perlu dibuktikan dengan hubungan seksual antara sepasang kekasih.
Berlaku jujur dan benar dalam percintaan
Saling menghormati pendirian teman istimewa
Berterus terang dalam percintaan
Mendalami ajaran agama bagi membantu menguasai diri semasa bercinta
Tidak mengambil kesempatan untuk kepentingan peribadi
Tidak melukai hati teman istimewa
Memelihara adab pergaulan mengikut batas agama dan budaya.

Bagi teruna:-

Perlu mengawal dorongan seksual.

TEMUJANJI.....

Temujanji(dating) adalah satu proses interaksi secara sihat untuk seseorang remaja belajar bergaul dengan remaja berlainan jantina.

Jika melakukan temujanji di rumah, pastikan ahli keluarga berada bersama.
Mendapatkan keizinan ibu bapa/penjaga sebelum bersetuju untuk melakukan temujanji dengan memberitahu siapa teman temujanji, tempat dan waktu pulang.
Elakkan pertemuan di tempat sunyi. Ini mendorong remaja terdedah kepada rangsangan dan aktiviti seksual yang tidak bolah dikawal.

Meluahkan rasa cinta.....

Cinta sejati tidak memerlukan pertemuan sepasang kekasih di tempat yang sunyi. Untuk mengekalkan nilai-nilai cinta, remaja boleh:-
Menulis surat untuk meluahkan perasaan terhadap orang yang dicintai.
Menelefon, menghantar email, sms dan lain-lain.
Menghantar hadiah untuk mengingati orang yang dikasihi
Mengenali dengan lebih dekat ahli keluarga teman ismewa anda.

Percintaan itu indah, manis dan berpanjangan sekiranya anda;-
Amanah dan ikhlas dalam percintaan.
Mempertahankan maruah diri.
Tidak bercakap bohong, menipu atau mengambil kesempatan untuk kepentingan seksual diri.
Bertanggungjawab memelihara kesucian cinta anda dari dorongan seksual.
Berazam memperbaiki diri dalam semua segi bagi membuktikan kesungguhan cinta sejati anda.
Tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai insane,, anak dan ahli masyarakat.
Memastikan cinta dan cita-cita berjalan selari demi masa depan dan kebahagiaan anda berdua.

P/s : Remaja usia mengasah potensi
        Esok dewasa berwawasan tinggi
        Mulakan amalan cara hidup sihat
        Alah bisa tegal biasa
        Jadikan kesihatan panduan diri
        Ayuh, kawan-kawan......apa tunggu lagi....

No comments:

Post a Comment